KEKELIRUAN MASYARAKAT DALAM RAWATAN SPIRITUAL ISLAM
oleh:
YBhg Dr Hj Jahid Bin Hj Sidek
Pengasas Pusat Rawatan Islam Manarah
oleh:
YBhg Dr Hj Jahid Bin Hj Sidek
Pengasas Pusat Rawatan Islam Manarah
PENDAHULUAN
Di akhir-akhir ini pusat-pusat Rawatan Spritual Islam (RSI) tumbuh macam cendawan selepas hujan. Berbagai cerita sensasi mengenai RSI memenuhi dada akhbar dan majalah. Slot-slot mengenai RSI juga mengisi ruang kaca TV. RSI terus memainkan peranan penting di samping perubatan allopathy. Dalam keghairahan masyarakat memberi sambutan terhadap RSI, majoriti mereka tidak sedar telah terlibat dengan amalan yang sangat bercanggah dengan lunas-lunas Islam, akidah dan syariat hingga menjerumuskan mereka ke lembah perkara-perkara yang sangat diharamkan dan syirik.
Antara unsur-unsur yang terpenting ialah penggunaan jin, syaitan, berbagai jenis sihir termasuklah pukau,hipnosis, kaedah-kaedah perbomohan seperti pengeras, pantang larang yang pelik, mengalin, merambas, puja hajat, membuang ancak, simah-menyimah, penggunaan tenaga dalaman, tenaga aura, reiki, berbagai macam tilikan, air jampi, tangkal azimat, benda-benda yang najis lagi diharamkan dan sebagainya.
KAEDAH PERBOMOHAN
Sesetengah perawat yang bergelar ustaz atau ustazah sememangnya mempelajari kaedah rawatannya daripada bomoh atau pawang yang terkenal, khasnya dalam famili masing-masing seperti ibu bapa atau datuk nenek. Berbagai kaedah perbomohan yang dipelajari dan diwarisi itu seolah-olah dilupakan oleh masyarakat kerana ditutupi oleh keterampilan dan ketokohan ustaz dan ustazah tersebut. Masyarakat yakin RSI yang ditawarkan itu adalah benar-benar tulin mengikut lunas-lunas Islam. Bila ada orang yang menyedari latar belakang sejarah rawatan mereka, maka sesetengah mereka segera melontarkan jawapan dengan mengakui bahawa kaedah rawatannya memang dipelajari daripada bomoh atau pawang. Kononnya syaitan atau jin pawang itu telah dipisahkan dengan cara bersumpah oleh kedua-dua pihak. Jadi, yang dipelajari hanya kaedah rawatan tanpa jin dan syaitannya.
Kita juga boleh memastikan kaedah RSI yang ditawarkan oleh seseorang adalah salah dan mengandungi unsur perbomohan, apabila ianya dipelajari menerusi cara-cara berikut:
- Tiba-tiba pandai merawat berbagai penyakit tanpa belajar.
- Pandai merawat setelah didatangi oleh orang yang tidak dikenali ketika beribadat atau berdoa yang mengaku sebagai wali Allah atau tokoh-tokoh agama yang terkenal seperti shaikh Abdul Qadir al-Jilani atau seorang nenek tua atau seorang panglima atau sebagainya.
- Pandai merawat penyakit kerana diajar seseorang di dalam mimpi.
- Dapat kaedah rawatan menerusi bisikan suara.
- Pandai merawat setelah mendapat benda-benda ganjil seperti besi kuning, batu permata, keris, badik, buloh tumpat dan sebagainya.
- Rawatan yang ditawarkan kononnya didasarkan kepada kekuatan tenaga dalaman, tenaga aura, tenaga reiki, jurus, jabat dan lain-lain.
- Kaedah rawatan dipelajari dari kuil-kuil hindu, gereja, pagoda dan lain-lain.
PENGGUNAAN JIN DAN SYAITAN
Islam melarang keras penggunaan jin dan syaitan dalam rawatan dan apa juga bidang kehidupan. Penggunaan jin dan syaitan begitu meluas dan popular di kalangan para perawat di zaman jahiliyah. Mereka dikenali dengankahin (jika lelaki) dan kahinah (jika perempuan). Tukang-tukang tilik yang dikenali dengan al-munajjim ataual-‘arraf juga menggunakan khidmat syaitan dan jin. Rasulullah pernah dituduh oleh pemimpin-pemimpin Quraisy sebagai seorang kahin yang sentiasa di dampingi oleh jin atau syaitan. Allah nafikan tuduhan tersebut dengan firmannya yang bermaksud:
Maka hendaklah engkau (wahai Muhammad) tetap tekun memberi peringatan (dengan ajaran-ajaran Al-Quran), kerana engkau dengan nikmat Tuhanmu bukanlah seorang kahin (pawang, bomoh, dukun) dan bukan pula seorang gila (dirasuk oleh jin). -al-Tur: 29-
Allah memberi amaran yang sangat keras bagi golongan manusia yang tersebut dengan firmanNya yang bermaksud:
Dan (ingatlah) di hari kiamat yang padanya Allah akan himpunkan mereka semua (manusia, jin dan syaitan), (lalu berfirman): “Wahai sekalian jin dan syaitan! Sesungguhnya kamu telah menyesatkan ramai manusia”. Dan berkatalah pula manusia yang menjadi rakan kongsi jin dan syaitan: “Wahai Tuhan kami, ketika kami di dunia, kami tolong-menolong, bantu-membantu. Sebahagian kami telah mendapat berbagai kesenangan begitu juga jin dan syaitan yang menjadi rakan kongsi kami, mereka juga dapat berbagai kesenangan. Dalam keadaan demikian tiba-tiba ajal kami yang Engkau tetapkan sampai (kami mati tanpa bertaubat). (Allah berfirman): “Nerakalah tempat kediaman kamu, kekal kamu di dalamnya, kecuali apa yang dikehendaki Allah”. -al-An’am: 128-
MENGENAL PENGGUNAAN JIN DAN SYAITAN
Masyarakat tidak tahu samada rawatan yang diterima melibatkan khidmat syaitan dan jin atau tidaknya. Ada beberapa cara yang mudah digunakan untuk mengetahui secara pasti adanya penggunaan makhluk halus itu. Antaranya adalah seperti berikut:
PERTAMA:
PENGGUNAAN BERBAGAI JENIS SIHIR, termasuklah pukau dan hipnosis. Unsur-unsur sihir boleh kita ketahui dengan mudah dengan melihat berlakunya perkara-perkara yang luar biasa seperti kebolehan merawat, mengeluarkan berbagai benda dari tubuh pesakit seperti batu, kaca, jarum, rambut, dawai, boleh mengambil alat-alat sihir seperti patung yang dicucuk-cucuk dari jarak jauh, pembedahan batin dan sebagainya. Semua perkara yang luar biasa dan menakjubkan yang dilakukan oleh perawat bukanlah karamah atau ma’unah.
PERBEZAAN SIHIR DENGAN KARAMAH ATAU MA'UNAH
- Dari sudut kekerapan atau tidaknya kejadian itu sendiri. Jika kerap dan selalu atau sentiasa berlaku hingga menjadi sifat dan kebolehan seseorang maka itu adalah sihir atau istidraj.
- Sihir boleh diprogramkan. Karamah atau ma’unah tidak boleh diprogramkan kerana datangnya daripada Allah.
- Sihir boleh hilang dengan sesuatu sebab. Karamah atau ma’unah tidak boleh hilang dengan sesuatu sebab. Pantang larang dalam perbomohan ada kaitannya dengan masalah ini.
- Sihir berlaku satu macam sahaja atau sama sahaja. Misalnya, barang yang keluar dari tubuh pesakit serbuk kaca atau dawai atau paku tidak boleh bertukar`benda lain.
- Ada sihir yang hanya boleh berlaku pada waktu-waktu tertentu sahaja, oleh sebab itu khidmat rawatan yang diberi pada waktu tertentu sahaja.
KEDUA:
PENGERAS yang dianggap oleh masyarakat sebagai satu amalan adat kebiasaan berubat sahaja tidak ada maksud-maksud tersembunyi dan tidak menyalahi akidah dan syariat. Sebenarnya pengeras adalah haram dilakukan kerana boleh menyebabkan seseorang syirik. Pengeras pada hakikatnya adalah syarat yang ditetapkan oleh syaitan atau jin. Rasulullah bersabda yang bermaksud:
Rasulullah s.a.w bersabda: seorang (mukmin) masuk syurga kerana seekor lalat dan seorang (mukmin) yang lain masuk neraka kerana seekor lalat. Para sahabat bertanya: bagaimana boleh begitu ya Rasulullah. Rasulullah menjawab dengan sabdanya: dua orang (mukmin) lalu di satu kawasan yang didiami oleh satu kaum yang menyembah sebuah berhala, sesisapa pun tidak dibenarkan melintasi kawasan mereka itu tanpa membuat sesuatu pemujaan atau penyembahan (terhadap berhala). Mereka berkata kepada salah seorang: buatlah satu penyembahan. Orang itu menjawab dengan katanya: aku tidak mempunyai apa-apa untuk aku persembahkan. Mereka berkata: buatlah penyembahan walaupun dengan seekor lalat. Lalu dia meletakkan bangkai seekor lalat. Lalu dibenarkannya untuk melintasi kawasan tersebut. Orang tersebut akhirnya masuk ke neraka. Mereka berkata kepada seorang yang lain: buatlah penyembahan. Orang yang kedua ini berkata: aku tidak akan membuat penyembahan sesuatu pada sesiapa sahaja selain daripada Allah Azza Wajalla. Mereka pun memenggal lehernya. Maka dengan itu dimasukkan ke dalam syurga.
KETIGA:
TILIKAN. Amalan tilik menilik adalah dilarang keras di dalam Islam. Tiada siapa yang tahu perkara ghaib kecuali Allah. Allah berfirman yang bermaksud:
Katakanlah (Ya Muhammad): Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah!”. -al-Naml: 65-
Rasulullah s.a.w pun tidak tahu yang ghaib. Allah berfirman yang bermaksud:
Katakan (ya Muhammad): “Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku boleh membuat banyak kebaikan dan (tentulah) aku tidak ditimpa keburukan. -Al-A’raf: 188-
Nabi bersabda yang bermaksud:
Bohonglah tukang-tukang tilik walaupun kata-katanya benar.
Berbagai cara tilikan telah digunakan oleh perawat;
- Dengan cara memandang muka pesakit atau mana-mana bahagian tubuh badan, lalu disebutkan: “awak ni kena sihir”, atau “dalam badan awak ni ada 60 ekor jin dan dalam rumah awak pun ada 150 ekor jin”, atau “awak ni tak kena apa-apa, sakit biasa saja”.
- Dengan mengira huruf nama pesakit dan ibunya lalu dikatakan: “awak kena sihir santau”.
- Dengan cara sembahyang hajat serta berdoa. Selepas tu diberitahu: “awak kena sihir”.
- Dengan memejamkan mata dan tafakkur dan kemudian disebutkan: “awak ni kena sihir sudah lama tapi awak tak sedar”.
- Dengan cara memotong limau, mencalitkan kapur di dahi, dengan melihat menerusi daun sirih yang dijampi atau daun sirih yang diletakkan di dahi.
- Dengan cara melihat garis-garis tapak tangan.
- Dengan menggunakan batang mancis yang ditabur lalu dipilih satu dua oleh pesakit lalu disebutkan: “awak kena sihir, yang sihirkan bukan orang lain, adik awak sendiri”.
- Dengan menggunakan tasbih yang berpusing-pusing.
- Dengan menggunakan al-Quran.
- Dengan menggunakan jari telunjuk untuk mencari penyakit dan ayat-ayat al-Quran yang sesuai untuk digunakan bagi merawat pesakit.
- Dengan menggunakan bisikan di telinga.
- Dengan menggunakan asap rokok.
- Dengan menggunakan cara menurun.
- Dengan menggunakan keris atau apa-apa senjata.
- Dengan cara bakar kemenyan.
- Dengan cara puja hajat.
- Dengan cara alin telur dan sebagainya.
KEEMPAT:
TANGKAL AZIMAT. Penggunaannya begitu meluas dalam RSI. Biasanya tangkal azimat dibuat oleh pawang, bomoh, dukun dan mereka yang seumpamanya. Yang lebih mengelirukan masyarakat, orang alim seperti ustaz atau ustazah, tuan-tuan guru dan kiyai terlibat juga dalam kegiatan membuat tangkal azimat. Untuk meyakinkan orang ramai mereka mendakwa yang mereka buat itu bukan tangkal azimat tetapi ta’widh, wafa’, istighathah, isti’anah dan sebagainya yang dibuat daripada ayat al-Quran semata-mata. Kononnya semua itu sebagai satu ikhtiar sahaja dan bertujuan untuk mendapat keberkatan dan perlindungan daripada ayat-ayat al-Quran yang ditulis. Kononnya khalifah Umar al-Khattab pernah menulis ayat al-Quran digantung dileher kanak-kanak sebagai ta’widh (sebagai pelindung). Sebenarnya beliau bertujuan supaya kanak-kanak yang lemah hafalannya segera dapat menghafal. Lagipun perbuatan membuat ta’widh tidak layak dihubungkan dengan seorang khalifah seperti beliau.
Berbagai jenis tangkal dengan seribu satu tujuan digunakan dalam RSI. Ada yang bertujuan untuk menjaga dari serangan sihir, jin, syaitan dan berbagai penyakit. Ada yang bertujuan untuk mengekalkan kesihatan, mengelakkan mimpi yang mengerikan, menjaga dari jangkitan penyakit di kalangan anggota keluarga dan sebagainya.
Yang lebih menakjubkan ialah apa yang mereka istilahkan sebagai pagar rumah yang kononnya boleh menjaga keselamatan rumah dari berbagai bahaya. Berbagai bahan yang digunakan untuk memagar rumah, ada yang menggunakan paku, dipakukan di sekeliling rumah, ada yang menggunakan serbuk emas yang di masukkan ke dalam buloh kemudian ditanam empat penjuru rumah, tahi besi, telur itik, telur angsa, cabang buloh, daun-daun yang berduri, kemenyan, kacang hijau yang dimasukkan ke dalam botol kemudian ditanam empat penjuru rumah, jarum, cebisan kelambu kaabah, Quran kecil, kulit kijang putih dan lain-lainnya lagi.
Kadang-kadang pagar rumah dibuat oleh beberapa orang bomoh berlapis-lapis sehingga ada yang berbelas-belas lapis. Pagar rumah seperti ini dianggap lebih kebal dan lebih power.
Memakai tangkal azimat bukan sahaja haram bahkan menyengutukan Allah. Nabi bersabda yang bermaksud:Sesiapa yang memakai tangkal azimat sesungguhnya dia telah menyengutukan Allah. Pada hakikatnya, tangkal azimat adalah merupakan simpulan sihir (al-‘Uqad). Allah berfirman yang bermaksud: (Kami juga berlindung dengan Engkau ya Allah) daripada kejahatan tiupan-tiupan ahli sihir pada simpulan sihir. -Al-Falaq: 4- Oleh demikian, sesiapa yang memakai tangkal azimat maka dia telah sihirkan diri sendiri. Sesiapa yang membuatpagar-pagar rumah bererti dia telah sihirkan semua anggota keluarganya. Kesan buruknya akan dirasa dalam jangka masa panjang.
KELIMA:
AIR JAMPI juga memainkan peranan penting dalam RSI yang mengelirukan masyarakat. Ia dibuat oleh pawang atau bomoh sebagai ubat yang kononnya dapat menyembuhkan penyakit. Masyarakat juga terkeliru di antara air jampi yang dibuat oleh pawang atau bomoh atau dukun dengan air penawar yang dibuat oleh orang-orang alim sebenar yang menggunakan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa ma’thurat. Air jampi sebenarnya adalah air sihir, malahan ia boleh dikatogerikan sabagai salah satu simpulan sihir, kerana ada unsur pertolongan jin dan syaitan dalam usaha membuat air jampi tersebut. Bila pawang atau bomoh atau dukun menjampi sebotol atau segelas air lalu ditiupkan ke air tersebut adalah sejenis apa yang Allah maksudkan dalam firmanNya:
(kami juga berlindung dengan Engkau ya Allah) daripada kejahatan tiupan-tiupan ahli sihir pada simpulan sihir. -Al-Falaq: 4-
Air jampi berbeza dengan air ruqyah yang dibuat oleh orang alim lagi saleh yang tidak ada unsur sihir. Air jampi yang diminum oleh pesakit, adalah membahayakan pesakit terutama dalam jangka masa panjang. Sebenarnya bila air itu ditiup, bermakna ada jin dan syaitan yang masuk ke dalam air itu. Apabila air itu diminum maka yang masuk ke dalam perut bukan sahaja air tetapi jin dan syaitan.
KEENAM:
TANGKAP JIN. Sesetengah pusat RSI menawarkan khidmat menangkap jin dan dimasukkan ke dalam botol. Penulis pernah menemui seorang hamba Allah yang terkenal pandai menangkap jin tetapi telah bertaubat tidak mahu melakukannya lagi, disebabkan beliau sendiri tidak pasti tertangkap atau tidak jin-jin itu. Malahan beliau merasa lebih banyak berbohong, tetapi masyarakat yakin beliau adalah penangkap jin yang bijak. Pembohongan yang lebih besar dalam masalah ini ialah sesetengah perawat mendakwa kononnya boleh menangkap jin dari jarak jauh pada bila-bila masa. Konsep penangkapan jin seperti ini adalah berasal daripada sami-sami Hindu ketika mereka mengubat pesakit yang biasanya dilakukan di kuil-kuil. Bila jin sudah ditangkap dan dimasukkan ke botol maka botol itu akan dimasukkan ke dalam sebuah lubang yang telah disediakan di belakang kuil. Bayangkan bagaimana seseorang boleh menangkap jin yang bertubuh seperti angin. Kita cuba menangkap lipas yang lari pun tidak tertangkap.
KETUJUH:
KHIDMAT RAWATAN DARI JARAK JAUH. Konsepnya, pesakit tidak perlu menemui perawat kerana rawatan akan dibuat secara ghaib dari jarak jauh. Rawatan akan melibatkan berbagai dakwaan oleh perawat. Antaranya, kononnya ia akan dapat mengetahui apa jenis penyakit, faktor yang menyebabkannya, rawatan yang sesuai dan berkesan. Masyarakat menganggap perawat ini sebagai wali Allah yang merawat dengan kekeramatannya. Sebenarnya bukan keramat tetapi istidraj pertolongan syaitan dan jin.
KELAPAN:
HIPNOSIS juga kadang-kadang digunakan dalam khidmat RSI. Sebenarnya ianya adalah sejenis sihir pukau. Ianya sudah lama diamalkan oleh sami Hindu dan Buddha terutamanya mereka yang mengamalkan meditasi yoga. Di barat hipnosis digunakan oleh pakar ilmu jiwa bagi rawatan pesakit jiwa dengan menguasai minda bawah sedar (subconcious mind). Kita pasti ianya sejenis sihir kerana kebolehan menguasai minda bawah sedar yang boleh dianggap luar biasa telah menjadi kebolehan dan sifat ahli hipnosis itu sendiri. Ianya boleh dilakukan ke atas orang yang lemah iman dan yang tidak saleh. Sebaliknya orang yang teguh iman dan sentiasa berada dalam zikrullah, hipnosis tidak mampu menguasai minda bawah sedarnya.
Ilmu ini patut di dedahkan secara luas, saya fikir ramai guna bomoh sihir dalam merawat penyakit mereka
ReplyDeleteSaye ad pergi kt sorg bomoh ni di jeniang, kdh . Pd mulanya bmoh ni tnya nma penuh ,lpstu dia bgtau kte sakit ape . Bmoh tu ckp dlm bdn sy ad dua ekor pelesit . Dia ad salin nma org yg dtg merawat dan sakit org tu . Die ckp ngn diri dia mcm brckp dgn org lain tp kte xnmpk.pastu die ckp die dh buang . Dia buat air jmpi bca ayt kursi pastu hembus.bmoh ni jgk bleh buat rwatan jarak jauh. Adkh ni bmoh guna jin atau tdk ?
ReplyDeleteSaye ad pergi kt sorg bomoh ni di jeniang, kdh . Pd mulanya bmoh ni tnya nma penuh ,lpstu dia bgtau kte sakit ape . Bmoh tu ckp dlm bdn sy ad dua ekor pelesit . Dia ad salin nma org yg dtg merawat dan sakit org tu . Die ckp ngn diri dia mcm brckp dgn org lain tp kte xnmpk.pastu die ckp die dh buang . Dia buat air jmpi bca ayt kursi pastu hembus.bmoh ni jgk bleh buat rwatan jarak jauh. Adkh ni bmoh guna jin atau tdk ?
ReplyDeleteSaye ad pergi kt sorg bomoh ni di jeniang, kdh . Pd mulanya bmoh ni tnya nma penuh ,lpstu dia bgtau kte sakit ape . Bmoh tu ckp dlm bdn sy ad dua ekor pelesit . Dia ad salin nma org yg dtg merawat dan sakit org tu . Die ckp ngn diri dia mcm brckp dgn org lain tp kte xnmpk.pastu die ckp die dh buang . Dia buat air jmpi bca ayt kursi pastu hembus.bmoh ni jgk bleh buat rwatan jarak jauh. Adkh ni bmoh guna jin atau tdk ?
ReplyDeleteAda yg boleh pakai..ada juga yg merepek
ReplyDeletebomoh memang lah power sangat,jarak jauh die bole buat kwn2 nak try bole sye letak nmbor whatshap die 01120026556 Tok Keramat Kubur ...
ReplyDeleteDei, sudah la.....satu dunia tau ni penipu
DeleteSaya ada sorg bomoh santet yg power.. blh col dia +60 11 2646 3442( tok pocai bomoh santet klang). Kalau rasa nak menyantet blh pegi jumpa dia. Kalau nak ubat kene santet pun blh. Ruqyah semua x jalan kalau kene santet dia ni. Bomoh saruman katanya.
ReplyDeleteAmaran : Tok Keramat Kubur penipu siber
ReplyDeleteperhatian semua, nama seperti di atas merupakan penipu yang telah dikenalpasti oleh pihak berkuasa. Modus operandi seperti berikut:
1. http://bomohkubur.blogspot.com/2018/?m=1
2. Kehebatan ilmu penipu ini dihebohkan oleh 2 blogger menggunakan nama seperti dibawah :
- Vijaya Kumar Veeraiah
- Dr K7 GUGUR
dengan komen seperti dibawah sebagai komen didalam blog2 perubatan tradisional orang lain:
Bomoh Memang lah power sangat,jarak jauh die bole buat kwn2 nak try bole sye letak nmbor whatshap die 01120026556(tok keramat kubur)
sekitar bulan January 2018.
Suspek akan mengenakan bayaran sekitar RM1680 diikuti susulan RM1000 untuk korban kambing untuk proses ritualnya.
Bayaran dibuat atas akaun seperti di bawah:
Nama : Emran Bin Tambang
Bank : RHB
No. akaun : 15210300078170
Sebaik proses bank-in, penipu ini akan berdolak-dalih, lambat membalas whatsapp serta tidak akan angkat panggilan anda dengan alasan sedang berada di Satun, sempadan Thailand.
Apabila pelanggan sedar dan membuat komen negatif di blog tersebut, tiba-tiba seorang lagi adiwira akan muncul, seolah2 kasihan dan menawarkan perkhidmatan melalui e-mail seperti dibawah. Dia enggan memberikan no hp pakar sebab takut akan wujud pemalsuan. Dia hanya berinteraksi menggunakan alamat email seperti dibawah:
idrisghani88@yahoo.com / ghaniidris88@gmail.com
Akhir sekali, Tok Keramat Kubur ini akan mengugut pelanggan tersebut untuk meviralkan masalah mereka.
Berhati2 dengan penipu ini.
titanium necklace - Titanium Art and Products
ReplyDeleteTitanium titanium for sale Tite is a gemstone gemstone that will inspire and titanium nail inspire life apple watch stainless steel vs titanium and wealth at every turn! Titanium is an indelible raw titanium gemstone that's crafted in titanium alloy