KELAYAKAN PERAWAT
Para
perawat yang melakukan rawatan mengikut kaedah refleksologi Islam ini mempunyai
ciri-ciri kelayakan seperti berikut :
1)
Telah mendapat latihan secara
langsung dari Dr. Hj. Jahid Hj. Sidek setelah mendapat keizinannya.
2)
Latihan yang diberikan biasanya
dimulai dari latihan memperkasakan akidah dan sifat ketakwaan kepada Allah.
3)
Dalam latihan memperteguhkan
iman dan akidah, bukan hanya di ta’lim dan ditarbiyahkan dengan ilmu tauhid dan
kefahamannya sahaja, tetapi juga diiringi dengan ilmu dan amalan dhikrullah.
Ini selaras dengan firman Allah:
Maksudnya : “Allah
meneguhkan zahir dan batin (jiwa dan raga) orang-orang yang beriman didunia dan
akhirat dengan kalimah tauhid .لا إله إلا الله
(Surah Ibrahim: ayat
27)
Rasulullah
(s.a.w) pernah ditanya oleh para sahabat bagaimana cara memperteguhkan iman.
Maka baginda (s.a.w.) menjawab dengan sabdanya
Maksudnya:
“Hendaklah kamu banyakkan sebutan kalimah لا إله إلا الله
4)
Biasanya dalam penghayatan
dhikrullah tersebut seorang calon perawat mestilah menjalani amalan tersebut
sekurang-kurangnya selama setahun. Sesudah syarat ini dipenuhi dan orang
tersebut menpunyai minat, keizinan dari
Dr. Hj. Jahid Hj. Sidek mestilah diperoleh.
5)
Peringkat pertama latihan
dimulai dengan latihan menjadi pembantu perawat. Calon pelatih dikehendaki
berada disisi perawat yang terlatih ketika menjalankan rawatan kepada pesakit.
Calon pelatih biasanya dikehendaki memerhati dan mencatitkan apa juga yang
dilakukan oleh perawat tersebut dan mestilah ia sentiasa bersedia membantu
kerja-kerja perawat, terutama bila dikehendaki oleh perawat itu.
6)
Peringkat kedua latihan ialah
latihan merawat pesakit tertentu yang biasanya diarahkan oleh perawat yang
menjadi jurulatih. Jurulatih biasanya akan memilih pesakit yang menghadapi
sakit yang ringan dan mudah dirawat. Beberapa lama selepas itu latihan akan
ditingkatkan kepada merawat pesakit yang menghadapi penyakit yang lebih teruk
dan sukar dirawat.
7) Berapa lama masa latihan
kedua-dua peringkat di atas tidak ditetapkan. Ianya banyak bergantung kepada
kecekapan dan kepintaran seseorang pelatih. Biasanya seorang pelatih yang pintar
dan cekap sekurang-kurangnya mengambil masa satu hingga dua tahun.
8) Perawat tidaklah dikehendaki
ada ijazah, tetapi ianya mesti mempunyai ilmu dan kefahaman agama yang baik,
terutamanya ilmu dan kefahaman mengenai perkara-perkara yang berkait dengan fardu
‘ain, halal dan haram, taharah dan sebagainya.
9)
Perawat dimestikan selalu
menghubungi Dr. Hj. Jahid Hj. Sidek selaku pengasas utama dalam kaedah rawatan
ini. Langkah ini dapat mengawal serta menentukan kaedah rawatan ini digunakan
dengan betul dan cekap. Untuk tujuan tersebut taklimat tertentu kadangkala
dibuat oleh Dr. Hj. Jahid Hj. Sidek.
10) Bilangan perawat yang terlatih
diseluruh negara tidaklah ramai, hanya ada kira-kira 10 orang sahaja.
Bagaimanapun perawat pelatih bilangannya lebih ramai tetapi tidak dapat
dipastikan bilangan mereka.
Catatan
Penting :
Dr.
Hj. Jahid Hj. Sidek mempunyai pengalaman selama 13 tahun dalam bidang perubatan
mengikut kaedah refleksologi Islam ini. Walaupun masih banyak lagi ilmu yang
berkaitan perlu ditimba dan di fahami, namun dengan pengalaman selama 13 tahun
tersebut, rasanya berbagai masalah dan isu yang timbul telah dapat diatasi dan
diselesaikan. Selama 13 tahun boleh dikatakan setiap hari beliau menghadapi
berbagai rupa dan warna pesakit yang menderita dengan berbagai jenis penyakit.,
boleh dikatakan kebanyakannya telah dapat diselesaikan, malahan tidak kurang
juga bilangan pesakit yang telah kecewa kerana harapan mereka untuk sembuh
ketika menerima rawatan di hospital, telah dapat disembuhkan.
No comments:
Post a Comment