JENIS PENYAKIT

BERBAGAI PENYAKIT YANG BERJAYA DIRAWAT
         
Dari pengalaman selama 10 tahun didapati semua jenis penyakit boleh dirawat dengan kaedah pukulan, kecuali satu dua jenis penyakit yang akan diterangkan di bawah nanti.
         
Antara berbagai penyakit yang pernah dirawat dan boleh sembuh sebaik-baiknya ialah seperti sakit migrain, psoriasis, berbagai jenis sakit jantung seperti jantung berlubang, tersumbat, sakit darah tinggi, strok, barah, buasir, gastritis, gout, ulser peptic, busung, senggugut, fibroid, asma, arthritis, slipdisc, hiperaktif, murung, susah tidur, susah untuk mengandung, pandangan mata kabur, sakit buah pinggang, berbagai penyakit kanak seperti menangis malam, terlalu nakal, tidak mahu ke sekolah dan sebagainya lagi.
         
Penyakit-penyakit yang para pakar perubatan moden beranggapan tidak ada ubatnya atau tidak boleh sembuh, akan kekal selama-lamanya sehingga orang itu meninggal dunia, atau penyakit-penyakit yang kronik serta sukar disembuhkan seperti penyakit psoriasis, gout, migrain berjaya dirawat dan sembuh sepenuhnya, hanya setelah dirawat beberapa kali sahaja.
         
Seorang warga emas yang berumur 85 tahun yang menderita diserang penyakit psoriasis berpuluh tahun dapat disembuhkan setelah dirawat sebanyak 5 kali. Seorang pemuda berusia 25 tahun yang mengalami penyakit yang sama selama 4 tahun dapat disembuhkan setelah menerima rawatan sebanyak 4 kali sahaja. Penyakit pemuda ini penuh seluruh badan, kecuali bahagian muka, tapak tangan dan kaki, berbau hanyir dan dirasakan gatal.
         
Seorang doktor berumur dalam lingkungan lima puluhan menderita sakit asma sejak kecil dan telah membuat pengakuan telah mengambil ubat-ubatan moden dan herba yang diakui telah sampai kepada had maksimum, dapat disembuhkan setelah menerima rawatan sebanyak 9 kali. Didapati penyakit asma doktor tersebut berpunca dari sejenis jin yang dipanggil dalam budaya Melayu sebagai bajang atau jin serupa budak kecil yang menghuni di bawah payu daranya dan bahagian belakangnya hingga ke bahagian punggung.
         
Beratus-ratus orang lagi yang menderita kerana penyakit asma dapat disembuhkan. Didapati penyakit asma mudah dirawat dan mudah sembuh.
         
Bulan ogos tahun 2004 penulis bersama anggota rombongan seramai 36 orang pergi Umrah. Salah seorang peserta seorang budak lelaki, murid tahun 4 tibaa-tiba diserang penyakit agak ganjil. Budak ini segera mendapatkan rawatan di Hospital al-Zahrah, sebuah hospital swasta di Kota Madinah. Budak ini jadi lumpuh seluruh tubuhnya, kepalanya tergulik-gulik seperti ayam kena sembelih, keluar buih dari mulutnya, sangat sukar untuk minum atau makan. Pakar di hospital tersebut mengesahkan ianya akan lumpuh selama-lamanya. Ia berada dalam hospital itu atau dibawa keluar sama sahaja, tak akan ada kemajuannya. Setelah dikeluarkan dari hospital, ianya dirawat secara pukulan dan mandi air batu beberapa kali. Ada tanda-tanda ia beransur pulih. Ia mula boleh duduk, boleh minum dan makan. Di Kota Mekah dirawat lagi dengan kaedah pukulan dan mandi air batu. Keadaannya makin baik. Sesampainya di Malaysia terus dirawat selama kira-kira tiga minggu. Akhirnya budak ini pulih sepenuhnya.
         
Keseluruhan pesakit yang mohon dirawat dengan kaedah pukulan ini terdiri dari para pesakit yang telah dirawat oleh doktor tetapi tidak sembuh-sembuh. Ada yang sudah berbulan-bulan dan bertahun-tahun.
         
Kaedah ini juga sangat berkesan untuk merawat pesakit yang berada dalam keadaan koma, tidak sedar. Rawatan dibuat bukan untuk menyembuhkan, tetapi untuk memudahkan dan menyegerakan pesakit itu meninggal dunia. Di sekitar Lembah Kelang ini sahaja berpuluh-puluh pesakit dalam keadaan koma bertahun-tahun dapat dibantu. Biasanya anggota keluarga yang menjaga sudah letih dan penat menjaganya selama 2 tahun, 3 tahun dan ada yang sudah 5 tahun. Mungkin ada orang yang menganggap kaedah ini kejam atau sebagainya. Sebenarnya pesakit yang berada dalam keadaan koma itu adalah disebabkan jin atau syaitan yang menghuni dalam tubuh pesakit. Bila dirawat dengan kaedah ini jin atau syaitan itu keluar dan pesakit itu akan mudah dan segera meninggal dunia. Ia meninggal dunia tidak membawa unsur-unsur batil jin atau syaitan yang menjadi rakan hidupnya selama itu.
         
Penyakit amnesia atau penyakit lupa, tidak ingat, tak kenal, juga dapat dirawat dan disembuhkan dengan mudah. Ramai golongan warga emas yang dibawa oleh anggota keluarga untuk mendapatkan rawatan secara pukulan ini. Keadaan penyakitnya begitu serius sehingga anak yang di depan matanya tak kenal, mengucap istighfar atau syahadah pun tidak boleh. Tetapi setelah dirawat dua tiga kali ingatannya pulih semula. Apa yang memeranjatkan kita ialah punca penyakit tersebut biasanya dari jin atau syaitan yang dimasukkan di sekitar kawasan muka untuk seri muka. Wallau’alam-bis-sawab.

No comments:

Post a Comment