SUMBER REFLEKSOLOGI ISLAM
Selain dari dua ayat tersebut, terdapat banyak lagi ayat yang menegaskan bahawa penyakit dan sembuhnya adalah berasal dari Allah semata-mata. Adapun mandi ais bila pesakit telah siap dirawat adalah didasarkan perintah Allah kepada Nabi Ayub a.s. seperti yang disebut dalam firmanNya:
Sumber kaedah Refleksologi Islam
ialah Qu’ran dan Sunnah. Di sini kita sebutkan beberapa ayat Qur’an dan hadis yang
berkaitan.
Allah
SWT berfirman:
Maksudnya: “Jika
Allah menimpakan kamu sesuatu bahaya maka tidak ada siapa pun yang boleh
menghapusnya kecuali Dia (Allah). Dan jika Dia (Allah) menghendaki kamu beroleh
sesuatu kebaikan, maka tiada siapa pun yang boleh menghalang limpahan kurnianya
itu”.
(Surah
Yunus: ayat 107)
Allah
SWT berfirman:
Maksudnya: “(Nabi
Ibrahim a.s. berkata); Dan bila aku sakit maka Dia (Allah) yang menyembuhkan
penyakitku”.
(Surah
al-Shu`araa’: ayat 80)
Selain dari dua ayat tersebut, terdapat banyak lagi ayat yang menegaskan bahawa penyakit dan sembuhnya adalah berasal dari Allah semata-mata. Adapun mandi ais bila pesakit telah siap dirawat adalah didasarkan perintah Allah kepada Nabi Ayub a.s. seperti yang disebut dalam firmanNya:
Maksudnya: “(Ingatlah
peristiwa) hamba Kami (Nabi) Ayub ketika dia berdoa merayu kepada Tuhannya
dengan berkata: “Sesungguhnya aku diganggu oleh syaitan dengan kepayahan dan
seksaan (penyakit). (Maka Kami kabulkan doanya serta Kami perintahkan
kepadanya): “Hentakkanlah kakimu (ke bumi). (Setelah dia melakukannya maka
terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): “Inilah air sejuk untuk mandi
dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu)”.
(Surah
Sad: ayat 41-42)
Mengenai kaedah
ketukan atau pukulan pula adalah didasarkan kepada hukuman sebatan yang memang
terkenal dalam Islam. Orang yang berzina yang belum nikah, bila telah sabit
kesalahannya dikenakan sebatan 100 kali. Allah berfirman:
Maksudnya: “Perempuan
yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu sebat setiap seorang
daripada kedua-duanya seratus kali sebatan, dan janganlah belas kasihan kepada
keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman
kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka
disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman”.
(Surah
al-Nur: ayat 2)
Demikian
juga hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat tuduhan zina yang tidak
dapat membuktikan kebenaran tuduhannya dengan empat orang saksi ialah sebatan rotan 80 kali. Allah berfirman:
Maksudnya: “Dan
orang-orang yang melimparkan tuduhan zina kepada perempuan yang terpelihara
kehormatannya, kemudian ia tidak dapat mengadakan empat orang saksi, maka
sebatlah mereka dengan lapan puluh kali sebatan. Dan janganlah kamu terima
kesaksian mereka buat selama-lamanya. Mereka Itulah orang-orang yang fasik”.
(Surah al-Nur : ayat
4)
Walaupun
hukuman pukulan rotan itu pada zahirnya untuk menyiksa atau menimpakan azab
yang setimpal dengan kejahatan yang mereka lakukan itu, namun jika kita
telitikan secara mendalam nescaya ada hikmah dan rahsia lain yang tersembunyi.
Perbuatan zina dan tuduhan zina secara melulu adalah sangat luar biasa bagi
orang yang beriman. Perbuatan yang luar biasa itu membuktikan ada sesuatu
dorongan dalam diri orang yang melakukannya. Sesuatu yang mendorong orang
tersebut ialah syaitan. Syaitan telah masuk ke tubuh mereka lalu mendorongkan
mereka melakukan perbuatan yang luar biasa itu. Dengan hukuman pukulan rotan
akan dapat menimpakan seksa atau azab ke atas mereka dan juga syaitan yang
telah meresap ke dalam tubuh mereka. Syaitan itu akan merasa azabnya dan akan
keluar dari tubuhnya.
Menerusi
pengalaman mengubat orang yang ketagihan zina, membuktikan kebenaran yang
tersebut. Semua orang yang terlibat dengan kegiatan zina didapati ada syaitan
di kedua-dua punggung mereka. Bila diketuk di bahagian punggung, maka syaitan
akan keluar dan orang tersebut tidak lagi melakukan zina. Pernah berlaku,
syaitan yang baru keluar dari punggung orang yang sedang diberi rawatan masuk
pula ke tubuh seorang pemuda yang berada di bilik rawatan. Pemuda itu terus
bertukar perangai dan bercakap mencarut sehingga ia hendak merogol emak dan
kakaknya yang berada berdekatan.
Adapun
sumber daripada Sunnah diriwayatkan daripada ‘Abdullah bin ‘Amir bin Rabi’ah
daripda ayahnya berkata: “Saya bersama Sahl bin Hanif pergi mencari arak.
Kemudian kami memperolehinya. Salah
seorang daripada kami merasa malu untuk mandi
ke sungai apabila ada yang melihatnya. Apabila mandi, dia menyelinap
masuk ke dalam air. Saya memerhatikannya dan tingkahlakunya didapati sangat
menghairankan. Dia sedikit pun tidak menyahut panggilan saya ketika
memanggilnya. Ini menyebabkan saya menyangka dia telah terkena gangguan jin.
Dengan segara saya menemui Rasulullah s.a.w. memberitahunya. Apabila dia datang Rasulullah s.a.w. memukul dadanya
kemudian berdoa, “Ya Allah, hilangkanlah kepanasan gangguan itu, kesejukannya
dan kesan buruknya”. Kemudian baginda bersabda: “Bangunlah, lalu dia bangun
dalam keadaan sihat. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila ada di kalangan kamu
mendapati berlaku pada diri, harta atau keluarga kamu perkara pelik, hendaklah
segera memohon keberkatan daripada Allah. Ini kerana gangguan al-‘Ain
memang benar berlaku.”[1]
AMALAN PARA AL-SALAF AL-SOLEH
Kaedah Refleksologi
Islam yang bersumberkan kepada Qur’an dan Sunnah Rasulullah s.a.w. tersebut
diperkasakan lagi kewujudannya dan kepantingannya dengan amalan yang dilakukan
oleh para al-Salaf al-Soleh. Terdapat dalam lipatan sejarah yang jelas
kaedah tersebut telah dilakukan oleh sesetengah sahabat. Khalifah ‘Umar
al-Khattab r.a. misalnya pernah menggunakan kaedah pukulan. Seorang yang
bercakap dalam keadaan yang tidak stabil serta meluahkan beberapa soalan yang
tidak sepatutnya ditanya, maka khalifah ‘Umar yang berada di depannya segara
meminta sebatang tongkat. Dengan tongkat itu beliau segara memukul kepala orang tersebut berulang kali hingga
berdarah. Akhirnya syaitan yang meresap ke tubuh orang tersebut keluar. Orang
tersebut sedar dan stabil, lalu ia meminta maaf kepada khalifah ‘Umar
al-Khattab r.a.
Imam
Ahmad bin Hanbal (w.241H) juga telah menggunakan kaedah pukulan untuk
mengeluarkan jin. Diriwayatkan bahawa Sultan al-Mutawakkil telah menghantar
perutusannya kepada Imam Ahmad supaya memberitahunya bahawa seorang gundik
sultan telah mengalami kerasukan. Imam
Ahamad diminta supaya berdoa untuknya. Sejurus kemudian Imam Ahmad megeluarkan
sepasang terompah kayu yang biasa digunakan untuk berwuduk, lalu memberikannya
kepada muridnya dan berkata: “kamu pergi ke istana sultan dan duduk di bahagian
kepala perempuan itu. Cakap kepada jin yang merasuknya; Ahmad berkata: mana di
antara dua perkara yang kamu mahu; kamu keluar dari tubuh perempuan ini atau
kamu dipukul dengan terompah ini tujuh puluh kali? Apabila mendengar kata-kata
tersebut jin yang berada dalam tubuh perempuan itu berkata: ‘Kami dengar dan
kami taat bahkan jika Ahmad mengarah kami keluar dari negeri Iraq sekalipun,
kami akan keluar. Dia adalah seorang yang mentaati Allah, sesiapa mentaati
Allah, segala sesuatu akan mentaatinya. Jin tersebut kemudiannya keluar dari tubuhnya.
Perempuan tersebut segera kembali sihat dan kemudiannya telah dikurniakan
beberapa orang cahaya mata.
Setelah
kewafatan Imam Ahmad, jin tersebut sekali lagi merasuk perempuan yang sama.
Sultan Mutawakkil sekali lagi menghantar utusan kepada murid Imam Ahmad iaitu
Abu Bakr al-Mawarzi. Beliau membawa terompah kayu yang sama ke istana sultan untuk merawat perempuan
tersebut. Lalu jin yang merasuk itu berkata: ‘Aku tidak akan keluar dari sini.
Aku tidak akan taat dan tidak mahu menerimamu. Ahmad adalah seorang yang yang
mentaati Allah, dengan sebab itu kami disuruh mentaatinya”[2].
Di dalam
kitab al-Tib al-Nabawi karangan Shaikh Ibn al-Qayyim al-Jawziyyah
(w.751H/1350M) ada menyebutkan bahawa gurunya Shaikh Ibn Taimiyyah kerap kali
memukul pesakitnya yang dirasuk syaitan atau jin dengan pukulan tongkat,
setelah syaitan atau jin tidak mahu keluar walaupun diperintah supaya keluar
berkali-kali. Syaitan atau jin yang berdegil itu akan keluar bila dipukul
dengan tongkat[3].
Ibn
Qayyim menegaskan bahawa kaedah perubatan yang digunakan oleh gurunya itu dapat
disaksikan oleh beliau sendiri dan orang lain, bukan sekali tapi kerap kali
dilihatnya. Malahan gurunya, Shaikh Ibn Taimiyyah pernah menceritakan kepadanya
mengenai jin yang degil, tidak mahu keluar, walaupun sudah dibacakan ayat-ayat
Qur’an dan sudah diminta keluar segera. Akhirnya Shaikh Ibn Taimiyyah memukul
pesakit tersebut dengan tongkat. Sebelum jin itu keluar ia sempat menyatakan
bahawa ia sangat mencintai pesakit tersebut dan mahu pergi menunaikan fardhu
Haji bersamanya. Akhirnya jin itu keluar kerana tidak tahan menanggung sakit
dari pukulan tongkat[4].
[1] Ibn Abi Shaibah,
al-Hafiz Abu Bakr ibn Abi Shaibah (t.t.), Musannaf li Ibn Abi Shaibah,
jil.5, h.50. hadis no. 23594.
[2] Al-Shibli, Badr
al-Din Abu `Abdillah Muhammad ibn `Abdillah (1985). Ahkam al-Jan,
tahkiq: Dr. al-Sayyaid al-Jamili, Beirut: Dar Ibn Zaidun, h.152.
[3] Ibn al-Qayyim
(t.t.), al-Tib al-Nabawi, h. 52.
[4] Ibid, h. 53.
No comments:
Post a Comment