RANTING POKOK NONA

MENGAPA RANTING POKOK NONA?


Ranting pokok nona atau bullock’s heart ditemui kerana banyak kelebihannya. Sebelum ditemui ranting nona Dr Jahid dan para pembantunya telah mencuba menggunakan berbagai ranting kayu. Didapati ranting-ranting yang digunakan ada meninggalkan kesan bias pada tubuh pesakit. Bila ranting nona digunakan kesan bias tidak ada sama sekali. Selain daripada tidak ada meninggalkan kesan bisa, terdapat juga berbagai keistimewaan ranting nona ini:

(1)      Sangat digeruni dan ditakuti oleh jin dan syaitan yang berada dalam tubuh pesakit.
(2)      Kesannya sangat baik kerana ia segera menyembuhkan berbagai penyakit.
(3)      Tidak perlu diketuk dengan kuat, tapi memadai dengan cara perlahan-lahan. Biasanya memadai ranting nona itu diangkat kira-kira 45 darjah sahaja.
(4)      Berat, ketumpatan dan kemantapan ranting nona sangat sesuai digunakan untuk tujuan perubatan ini.
(5)      Ranting nona sangat tahan. Jika digunakan dengan cermat sebatang ranting nona boleh digunakan sampai berbulan-bulan.
(6)      Berkesan juga dengan baik bagi mengubati penyakit biasa (berbagai penyakit yang bukan disebabkan oleh jin dan syaitan).

Kepercayaan sesetengah orang cina dan india beranggapan bahawa pokok nona menakutkan hantu. Sebab itu mereka menanamnya di sekitar rumah mereka.

Menurut kajian yang telah dibuat oleh pakar-pakar ubat-ubatan herba mendapati bahawa setiap bahagian pokok nona ada khasiat ubatan. Daun, ranting, kulit, buah, akar dan lain-lain bahagian pokok tersebut ada khasiat ubatan. Daun, kulit kayu dan buah yang masih hijau boleh direbus bersama untuk tujuan penyembuh berbagai penyakit.

Penemuan kita pula ialah rantingnya sangat baik dan sangat sesuai untuk digunakan dalam kaedah perubatan refleksologi Islam ini.

MENGAPA KAEDAH PUKULAN BERKESAN?
         
Secara rasionalnya, kaedah pukulan ini sangat berkesan kerana pukulan yang dilakukan dengan betul dan tepat pada kedudukan yang tepat di mana jin atau syaitan itu berada akan mendatangkan atau menimpakan satu KEJUTAN GELOMBANG yang sangat keras dan sangat kuat hingga berjaya memecah dan menghancurkan ANGIN JAHAT yang berada dalam berbagai saluran darah yang terdapat di bawah kulit tubuh pesakit.
         
Jin atau syaitan dijadikan oleh Allah dari lidah api, lama sebelum Adam dijadikan (27, al-Hijr). Menurut setengah ahli tafsir, seperti Mas’udi bahawa jin-jin yang Allah jadikan itu ditempatkan di atas muka bumi ini. Mereka bersifat keras hati, jahat selalu bergaduh, berperang sesama sendiri. Iblis salah seekor jin yang tidak mahu melihat keadaan hidup masyarakat jin yang begitu buruk melarikan diri di atas langit pertama. Di sana iblis beribadat kepada Allah. Allah menjelaskan bahawa iblis itu dari keturunan jin (50, al-Kahfi). Syaitan adalah keturunan iblis juga jin-jin yang jahat.
         
Oleh sebab jin atau syaitan dijadikan daripada api maka tubuh atau jasadnya serupa angin. Bagaimana kita tidak boleh melihat angin maka begitulah kita tidak boleh melihat jin atau syaitan. Menurut sebuah hadis Rasullullah (s.a.w) menyebutkan yang bermaksud : “Allah jadikan jin dalam tiga jenis atau rupa seperti anak Adam, seperti binatang dan sepertia angin di ruang udara luas”.
         
Bagaimana angin bolek masuk meresap ke dalam tubuh manusia menerusi mana-mana rongga tubuh badan seperti mulut, hidung, lubang-lubang kecil di kulit atau lubang/liang bulu roma, maka begitulah jin dan syaitan boleh masuk ke dalam tubuh manusia. Rasulullah (s.a.w) pernah menyebutkan bahawa syaitan itu berlari dalam pembuluh darah anak Adam.
         
Salah satu anggapan salah masyarakat kita berhubung dengan jin dan syaitan ini ialah anggapan bahawa jin dan syaitan itu berada di satu alam ghaib. Sebenarnya jin dan syaitan itu berada di alam nyata iaitu di atas muka bumi di mana kita tinggal dan hidup ini. Tubuh atau jasad mereka halus seperti angin. Kerana itu jin atau syaitan tidak boleh menembusi sesuatu yang tidak ada lubang seperti botol yang ditutup rapat, telur ayam yang tidak dilubangkan. Setengah pawang mengalin pesakit dengan telur yang dilubangkan terlebih dahulu, kononnya biar racun-racun dalam badan tersedut ke dalam telur. Sebenarnya supaya jin atau syaitan dapat membawa masuk bahan-bahan tertentu yang nantinya bila dipecahkan telur seolah-olah racun atau penyakit  telah dapat disedut.
         
Angin Jahat yang disebutkan di atas adalah jin atau syaitan. Orang tua-tua kita selalu menyebutkan: “Kaki awak ini dah masuk angin”, dan sebagainya lagi. Ungkapan itu adalah bermaksud bahawa angin jin atau syaitan telah masuk ke dalam tubuh.
         
Jin atau syaitan yang berjasad seperti angin yang berada di dalam urat-urat halus dan besar di bawah kulit, bila dipukul angin itu akan pecah. Kulit tempat yang dipukul akan lebam berwarna biru hitam seperti warna jantung pisang. Jin atau syaitan itu berasa sangat sakit sehingga kadang-kadang mereka rasa macam akan mati. Kadang-kadang mulut pesakit itu akan terucap dengan menyebutkan: “Mati aku, mati aku”.
         
Rasa sangat sakit yang dirasai oleh pesakit berbeza-beza. Ada yang mengadu sangat panas seperti api. Ada yang merasakan macam dihiris-hiris dengan pisau. Ada yang merasakan seperti ditikam-tikam dengan duri sehingga pesakit tengok kayu kecil yang digunakan. Ada yang merasakan sangat pedih. Berbagai rasa sakit lagi pernah diceritakan oleh pesakit yang telah dirawat.
         
Boleh dikatakan semua pesakit menyatakan mereka tidak pernah merasai rasa sakit seperti ketika diketuk atau dipukul itu.
         
Ada satu keadaan yang menyebabkan pesakit tidak berasa apa-apa, iaitu bila pesakit yang dipukul itu tiba-tiba menjadi tidak sedar kerana jin atau syaitan telah menguasai seluruh ingatan dan rohaninya. Seolah-olah yang dipukul jin atau syaitan. Bila jin atau syaitan sudah keluar pesakit akan sedar dalam keadaan terpinga-pinga dan ia akan bertanya apa yang telah berlaku pada dirinya.
         
Dari sudut yang lain pula, kaaedah pukulan ini sangat berkesan, kerana mengikut sunnah Allah atau peraturan dan ketetapan yang Allah telah tentukan dalam semua kejadiannya. Allah menyebutkan dalam al-Quran yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah jadikan kadar atau ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu”. (2, At-Talaq).
         
Dari sudut kekuatan, misalnya kekuatan seorang manusia tidaklah sama dengan kekuatan seekor gajah. Ubat panadol sebiji kekuatan kesannya tidak sama dengan dua biji. Duri yang tercucuk di hujung jari tangan kita adakalanya boleh ditarik dengan jari, adakalanya mesti kita gunakan alat pencabut dan adakalanya tidak boleh dikeluarkan kecuali menerusi pembedahan. Jin atau syaitan yang telah serap dalam tubuh seseorang adakalanya akan keluar dengan dirayu supaya ia keluar, adakalanya ia tidak mahu keluar walaupun telah dirayu terus-terusan. Mungkin kesan rayuan itu tidak cukup kuat. Tetapi bila dibuat sembahyang hajat, dibacakan doa dan ayat-ayat al-Quran baru ia keluar. Jika tidak keluar juga maka perlu ditingkatkan lagi kekuatan rawatan itu misalnya dengan dimandikan dengan air yang telah didoakan atau air batu yang dicampur dengan garam dan diperahkan dengan limau nipis. Jika tidak mahu keluar, tentu perlu ditingkatkan lagi kekuatan rawatan itu iaitu dengan dipukul.
         
Kombinasi pukulan ranting pokok buah nona dengan dhikrullah dan muraqabah serta doa, baik secara lisanul-hal mahupun secara lisanul-maqal akan menghasilkan satu kadar tenaga yang cukup kuat, kerana ianya bermakna menggabungkan antara syariat dengan hakikat.

2 comments:

  1. Bab jun banyak lg diceritakan drpd bab khasiat sebenar pokok nona...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahhhh.. Ko apa tau ko nak tau pasal zat ko bkk la khasiat nona banggang... Ni ko bkk dekat rawatan keluar la pasal jin.. Dan kegunaan ranting nona... Simpan sikit bodoh tu kat anak cucu.. Jgn dihabiskan kan kat sini

      Delete