PENEROKAAN KE ALAM REFLEKSOLOGI
ISLAM
Sudah tentu usaha meneroka rahsia yang sulit dan terpendam dalam lipatan zaman yang begitu lama berkaitan dengan kaedah rawatan Refleksologi Islam bukan satu kerja yang mudah. Ianya satu kerja yang cukup susah, banyak halangan dan cabaran, kerana itu penulis mengambil masa yang cukup lama, bertahun-tahun dengan penuh kesabaran dan kecekalan sehingga akhirnya baru dapat merealisasikan asas-asas pentingnya kaedah rawatan refleksologi islam ini.
Sudah tentu usaha meneroka rahsia yang sulit dan terpendam dalam lipatan zaman yang begitu lama berkaitan dengan kaedah rawatan Refleksologi Islam bukan satu kerja yang mudah. Ianya satu kerja yang cukup susah, banyak halangan dan cabaran, kerana itu penulis mengambil masa yang cukup lama, bertahun-tahun dengan penuh kesabaran dan kecekalan sehingga akhirnya baru dapat merealisasikan asas-asas pentingnya kaedah rawatan refleksologi islam ini.
Penulis
yakin berbagai-bagai penemuan, rahsia kaedah rawatan tersebut setakat ini
adalah masih merupakan satu pengantar atau satu muqaddimah atau langkah
permulaan bagi usaha-usaha seterusnya yang sememangnya mesti dilakukan oleh
sesiapa sahaja yang berminat dan ada persiapan yang secukupnya.
Sejak
berada di alam kanak-kanak lagi penulis sebagai anak kampung memang selalu
dapat melihat dan meyaksikan berbagai kegiatan keluarga dan orang kampung
dibidang perubatan dan rawatan yang melibatkan pawang atau bomoh atau dukun dan
tukang urut. Dipertengahan tahun 60an minat penulis untuk mempelajari perubatan
tradisional islam yang sebenar yang diwariskan oleh Rasulullah s.a.w. mulai
timbul apabila penulis dapati masyarakat islam sekitar termasuklah keluarga
sebelah isteri penulis sendiri selalu terlibat dengan pawang dan bowoh yang
nyata dilarang keras oleh islam. Sebab utama mereka terlibat didalam kerja-kerja
yang haram dan mudah mendatangkan syirik itu adalah kejahilan mereka itu
sendiri.
Usaha
awal penerokaan kaedah perubatan tradisional Islam tidak dapat membuahkan hasil
yang diharapkan. Faktor kegagalan usaha tersebut ialah kesilapan penulis dalam
memilih jalan permulaan yang sepatutnya ditempoh terlebih dahulu, kerana itu
maka usaha tersebut gagal. Dapat diumpamakan seperti orang yang mahu masuk ke
rumah besar tetapi tersalah pintu. Penulis di peringkat awal memulakan kajian
mengenai berbagai aspek kesalahan dan kesesatan ilmu dan amalan perubatan
tradisional melayu yang diamalkan oleh para pawang dan bomoh, akhirnya penulis
berjaya menghasilkan sebuah buku pada awal tahun 80 an yang bertajuk “Berpawang
dan Bersahabat dengan Jin menurut padangan Islam”. Di samping itu penulis
mempelajari ayat-ayat al-Quran yang biasa digunakan oleh para ulama’ untuk
mengubat atau merawat berbagai penyakit. Pada peringkat tersebut, penulis
sangat terasa dan sedar bahawa dengan hanya ilmu dan bacaan ayat al-Quran belum
mampu untuk menghadapi berbagai masalah penyakit, terutamanya penyakit yang
kronik dan yang sukar untuk diubati. Berbagai maklumat berkaitan dengan ilmu
dan amalan pawang dan bomoh tidak dapat membongkar rahsia jin dan syaitan yang
selalu dikaitkan dengan sihir dan berbagai penyakit rohani dan jasmani.
Akhirnya penulis dengan Rahmat dan Inayah Allah dapat menemui satu jalan baru
yang terbaik dan mampu menyelesaikan masalah berkaitan dengan syaitan, jin, dan
berbagai jenis penyakit. Kaedah rawatannya juga dapat ditemui iaitu kaedah
Refleksologi Islam sebagaimana yang diterangkan asasnya diatas.
Jalan
baru yang ditemui tersebut ialah Ilmu Tasawwuf dan Tarikat Orang Sufi. Menerusi
Ilmu Tasawwuf dan Tarikat dapat difahamkan bahawa perkara yang berkaitan dengan
alam ghaib itu dapat dibahagikan kepada 2 iaitu:
a)
Ghaib yang Tertinggi (Al-‘Ala)
b)
Ghaib yang Rendah (Al-Sufla)
Ghaib
yang tertinggi (Al-‘Ala) adalah berkaitan dengan zat, sifat-sifat, berbagai
perbuatan dan nama-nama Allah.
Alam
Ghaib yang rendah (Al-Sufla) seperti kejadian Jin, Syaitan, Roh dan Malaikat.
Demikian juga berbagai rahsia yang tersirat dalam kejadian alam seperti
penyakit, cara rawatannya dan lain-lain lagi.
Dengan
pimpinan, ta’alim, tarbiyah dan tarqiyah dari guru Tasawwuf dan Tarikat maka ilmu
berkait dengan kedua-dua aspek ghaib tersebut banyak membantu untuk memahami
berbagai rahsia jin, syaitan, sihir dan hubungannya dengan berbagai penyakit.
Akhirnya penerokaaan ke dalam kaedah refleksologi Islam dapat berjalan dengan
lancar dan membuahkan kejayaan yang membanggakan.
Penyerahan diri zahir dan batin
kepada Allah, zikir dan doa menjadi sebati pada rohani sebab itu maka Allah
sentiasa memberikan hidayat dan inayah sedikit demi sedikit apa sahaja yang
diperlukan dalam usaha merealisasikan kaedah rawatan refleksologi Islam
tersebut.
Tepat sekali dengan maksud
Allah seperti yang terdapat dalam firmannya:
Maksudnya: “Sesungguhnya
adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu ada suri ikutan yang baik, bagi orang
yang mahukan keredhaan Allah, kebaikan hari Akhirat dan berdhikrullah
banyak-banyak”.
(Surah
al-Ahzab: ayat 21)
Sampai
ke saat kini, penulis merasakan apa yang Allah hidayatkan berkaitan dengan
kaedah ini baru sedikit, sangat sedikit. Masih banyak lagi hidayat Allah yang
penulis perlukan untuk untuk mengukuhkan dan melengkapkannya lagi, sehingga
benar-benar lengkap untuk memenuhi keperluan kita dalam menghadapi berbagai
masalah kesihatan.
No comments:
Post a Comment