ETIKA PERAWAT


ETIKA PERAWAT

  
(1)      Perawat mestilah sentiasa menjaga sifat taqwanya kepada Allah. Kerana ketaqwaan yang benar-benar teguh menjadi asas utama yang membantu tercapainya tujuan rawatan dilakukan. Sebab itu sepanjang sejarah Islam mereka yang melakukan adalah mereka yang benar-benar bersifat taqwa.
(2)      Perawat mesti sentiasa dalam keadaan berdhikrullah. Semasa melakukan rawatan tidak boleh lalai hati.
(3)      Seberapa boleh elakkan dari bercakap yang tidak berfaedah dan yang melalaikan.
(4)      Jika pesakit dipastikan lemah semangat atau tidak tertahan menanggung kesakitan, hendaklah perawat beri nasihat dan tarbiyahkan dengan kata-kata penuh hikmah dan boleh menguatkan semangat dan keyakinan serta berdaya untuk bersabar terus hingga selesai rawatan dibuat.
(5)      Jika pesakit yang sedang dirawat meminta bersungguh-sungguh supaya rawatan ditamatkan, maka permintaannya itu mestilah dipenuhi dan rawatan tak boleh diteruskan. Bagaimanapun perawat boleh menasihatkan agar rawatan diteruskan dengan alasan yang jelas dan mudah difahami oleh pesakit.
(6)      Perawat hendaklah membuktikan kesan rawatan yang dibuat itu kepada pesakit. Banyak cara boleh dibuat. Misalnya dengan melakukan picitan di bahagian tubuh badan tertentu, di bahagian perut atau bawah telinga dan sebagainya lagi. Biasanya pesakit yang sedar bahawa penyakitnya banyak berkurangan, ia bertambah yakin untuk terus berubat walaupun terpaksa menanggung sakit.
(7)      Perawat mestilah menasihatkan pesakit agar terus menerus beristighfar meminta keampunan kepada Allah.
(8)      Perawat hendaklah sentiasa menjaga kebersihan tubuh badan dan pakaiannya. Jika pakaian telah dibasahi dengan peluh, hendaklah salin dan pakai baju lain yang bersih.
(9)      Jika perawat berasa lemah atau tidak bermaya atau mengantuk, mestilah berehat sebentar. Sebaik-baiknya ia mandi dan baharui air sembahyang.
(10)  Jika perawat rasakan jin atau syaitan yang dalam badan pesakit tidak boleh keluar, maka hendaklah dicari sebabnya.
(11)  Perawat mesti menjaga aurat pesakit perempuan. Tidak boleh didedahkan jika tidak perlu. Hanya tempat yang diperlukan untuk diketuk sahaja yang boleh dibuka. Perawat mesti terangkan mengenai keharusan merawat pesakit perempuan seperti yang dipetuakan oleh Imam Sayuti dalam kitabnya At-Tibbu An-Nabawiyu.

No comments:

Post a Comment